Tuesday, November 23, 2010

Makan Nasi Ayam atau Rice Pork??

Wooh~
Kisah ni mungkin penah terjadi kat kalangan pembaca... Sebab sebelum terjadi kat aku, kawan aku penah cite kan kejadian yang camni... Maybe tak sama 100%... Tapi lebih kurang la gamak nya...

Aku bekerja di Sri Hartamas. Di sebuah syarikat interior design. Disebabkan opis aku ni terdapat 3 orang foreigner dan semua orang menggunakan English sebagai bahasa pertuturan, hanya aku sorang je yang menggunakan bahasa Melayu. Cuma bila terpaksa communicate dengan orang putih je aku guna English aku yang lintang pukang...

22hb. November 2010, Michelle (orang putih yang dilahirkan & dibesarkan di Ipoh) selaku P.A. kepada M.D. aku datang ke meja aku dan bertanya "Eddy, do you want nasi ayam?". Dah time tu lapar sangat pastu bz lak... Mesti la aku nak.... :D 
  "Ok", jawap aku pendek. Lepas tu Michelle pun tanye staff-staff yang lain.

Bile dah settle keje aku, aku pun makan la nasi ayam tu. Bau dia memang wangi dan menyelerakan. Nasi dia pun lembut pastu berlemak. Ayam dia memang tak tau nak cakap la camne sedap nye. Senang cite sedap tak terkata la. Aku makan sampai licin.

* Nasi Ayam

Esok nya Michelle tanya lagi skali, "Eddy, I wanna buy nasi ayam", sambil buat bunyi ayam siap ngan gaya skali. Kelakar betul la pompuan ni. 
  "No, thanx. I've got my lunch box". Lepas tu tiba-tiba aku terfikir kat mana dia beli nasi ayam tu. 
  "Er, Michelle... Yesterday, where did you buy nasi ayam?" sambil tergagap-gagap aku tanya dia. 
  "I'm gonna buy at the same place". Aduh, aku salah tanya ke dia salah denga? 
  "I mean is it you buy near the mamak restaurant?"
  "Yeah."
  "Oh my god!" sambil aku tepuk dahi. "That restaurant doesn't have Halal certificate la..." mana tak nya, terang-terang kedai tu tergantung daging babi untuk rice pork. Patut la sedap je aku makan nasi ayam semalam. =.=!
  "Nevermind. God still love you." jawab Michelle dengan selamba.

* Rice Pork

*****

* p/s : Kalau korang sume nak kirim tapau makanan tu, make sure korang tanye dulu diorang beli makanan kat kedai mana. Jangan jadi cam aku. Hope kejadian camni tak jadi kat korang lak...